Bola Sepak

Segalanya boleh berlaku – E Elavarasan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Elavarasan tidak mahu kekalahan tipis 0-1 ditangan Kuching City FC melunturkan semangat barisan pemainnya.

KETUA jurulatih Sarawak United FC, E. Elavarasan menganggap segala kemungkinan boleh berlaku dalam baki dua lagi perlawanan yang boleh menyekat misi mereka untuk menjulang trofi Liga Premier musim ini.

Ia susulan kekalahan mereka kepada Kuching City FC semalam dengan keputusan 1-2 dan kini hanya dibezakan dua mata dengan Negeri Sembilan FC yang berada di kedudukan kedua liga.

Namun, Elavarasan tidak mahu kekalahan itu melunturkan semangat pemain kerana peluang masih terbuka dan paling penting adalah untuk memastikan kemenangan dalam aksi seterusnya pada Jumaat ini berdepan pencabar kejuaraan Negeri Sembilan FC.

“Peluang kejuaraan masih terbuka dan kita masih ada kelebihan dua mata di depan, dan menang atau kalah pun, yang penting kita memang dah layak ke Liga Super.

“Cuma sekarang memang masih terbuka dan mungkin Negeri Sembilan akan ada peluang itu, jadi macam-macam mana pun semuanya bergantung kepada nasib juga.

“Secara keseluruhan kalau tengok perlawanan tadi (semalam), memang la kalau boleh kita nak menang, tapi kita kena terima keputusan itu dan kita sepatutnya perlu mempunyai peluang yang lebih baik,” jelasnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: