Bola Sepak

Kuching City FC belum selamat – Irfan Bakti

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Barisan pemain Kuching City FC meraikan kejayaan mengatasi Sarawak United FC, 1-0 pada aksi Selasa lalu.

PENGENDALI Kuching City FC, Irfan Bakti menganggap kemenangan 1-0 ke atas Sarawak United, Selasa lalu masih  belum lagi meletakkan mereka di kedudukan selesa untuk meraih slot ke Piala Malaysia meskipun mereka masih mempunyai baki empat perlawanan.

Tegasnya, peluang untuk layak ke Piala Malaysia masih belum selamat lagi dan perlu menang dengan Kelantan United.

“Seri pun sudah ok tetapi sekarang kita dapat rehat lebih lama sikit untuk bersedia pada hari Sabtu pula.

“Alhamdulillah ini adalah kemenangan manis untuk pasukan kami walaupun saya tidak dapat menurunkan beberapa tonggak utama dalam perlawanan ini”, katanya.

Kuching ketika ini berada di tangga kelapan liga dengan 21 mata dan perlu untuk menang atau sekurang-kurangnya seri dengan Kelantan United FC untuk layak ke kejohanan berprestij itu pada musim ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: