Bola Sepak

Magis Hodak pacu kecemerlangan KL City FC


Hodak memastikan pasukan terus kekal dengan rekod tanpa kalah dilaman sendiri musim ini.

SENTUHAN jurulatih berpengalaman, Bojan Hodak di Liga Malaysia masih menjadi selepas berjaya membawa KL City FC melalui musim yang cemerlang di Liga Super.

Selain pencapaian terbaik buat KL City di Liga Super sepanjang bersaing di Liga Super, pengendali dari Croatia itu turut membantu KL City menjadi satu-satunya pasukan yang tidak tewas di laman sendiri sepanjang musim ini.

Beliau mengharapkan ini bakal menjadi detik awal kepada Kuala Lumpur City pada masa depan yang lebih cerah apabila sedia meletakkan sasaran yang lebih baik selepas ini dalam saingan Liga Malaysia.

Dalam masa sama, Bojan yang pernah menjulang Piala Malaysia bersama Kelantan selaku jurulatih pada musim 2012, sudah mula memasang impian untuk membawa KL City melangkah jauh dalam kejohanan itu pada musim ini.

“ Banyak pihak menghubungi saya termasuk wartawan dengan mengatakan ini merupakan sejarah terbaik pasukan di liga sejak lebih 30 tahun lalu dan sememangnya saya serta semua berada di sini begitu gembira.

“ Apa yang terjadi membuktikan kelab semakin berada di dalam tahap terbaik dan saya mahu ini hanya merupakan langkah permulaan kepada masa depan KL City.

Keserasian gandingan pemain lama dan baharu menjadi aset pasukan.

“ Kami juga belum pernah tewas dalam 11 perlawanan terakhir di liga, satu petanda yang begitu baik bagi kami hadapi Piala Malaysia yang selalunya terbuka kepada mana-mana pasukan untuk memenanginya.

“ Kami bernasib baik kerana tidak ada mana-mana pemain yang alami kecederaan jangka panjang kecuali penyerang (Kyrian Nwabueze) dan Hadin Azman yang alami kecederaan di bahagian miniskus.

“ Saya yakin jika kita punyai semua pemain, kami boleh menentang sesiapa sahaja di kejohanan Piala Malaysia dan sememangnya saya percaya dengan kemampuan pemain-pemain, ” katanya.

KL City yang menduduki tangga keenam Liga Super telah meraih tujuh kemenangan dan empat keputusan seri sepanjang 11 perlawanan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, musim ini.

Mereka berjaya mengejutkan beberapa pasukan pilihan seperti Kedah Darul Aman (KDA) FC (2-1) dan Terengganu FC (1-0) selain mengikat juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (1-1).


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading