Antarabangsa

Bintang Man City hadapi empat pertuduhan merogol, serangan seksual


Mendy dituduh merogol dan melakukan serangan seksual.

BINTANG Manchester City Benjamin Mendy didakwa dengan empat pertuduhan merogol dan satu serangan seksual ke atas tiga wanita berlainan.

Pemain berusia 27 tahun itu dilaporkan tiba di Mahkamah Chester Crown pada Jumaat.

Awal bulan ini, permohonan jaminan dibuat di Mahkamah Chester Crown ketika sesi pendengaran secara tertutup lebih kurang 50 minit berlangsung.

Namun Mendy yang juga pemain pasukan kebangsaan Perancis tidak hadir pada sesi pendengaran tersebut.

Mendy didakwa menyerang tiga orang wanita termasuk seorang remaja perempuan bawah 18 tahun di kediamannya di Prestbury, Cheshire.

Manakala tiga tuduhan merogol berlaku pada Oktober 2020.

Mendy juga turut dituduh melakukan serangan seksual awal Januari lalu.

Dia juga dituduh merogol seorang wanita  bulan lalu.

Berikutan dakwaan ini, Mendy digantung oleh kelabnya sementara menunggu siasatan dijalankan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: