Antarabangsa Bola Sepak

Belanda berpesta gol belasah Turki


Depay meledak hatrik membantu kemenangan 6-1 ke atas Turki.

 

BELANDA meraih kemenangan besar 6-1 ke atas Turki pada aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Johan Cruijff Arena, awal pagi tadi.

Memphis Depay melakar nama selaku penjaring hatrik menerusi gol pada minit ke 16, 38 dan 54.

Tuan sebelum itu terlebih dahulu mengegarkan gawang lawan pada minit pertama menerusi Davy Klaassen, Guus Till (m-80) dan Donyell Mallen (m-90)

Pelawat yang beraksi dengan kekurangan pemain selepas Caglar Soyuncu dilayangkan kad merah pada minit ke -44 mendapat gol saguhati menerusi jaringan Cengiz Under pada masa kecederaan babak kedua perlawanan.

Kemenangan ini menyaksikan Belanda berada dikedudukan teratas Kumpulan G dengan 13 mata mengatasi Norway di kedudukan kedua dengan perbezaan gol. Sementara itu, Turki berada di tempat ketiga dengan 11 mata.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: