Bola Sepak

“Tabik pemilik Stadium Pasir Gudang, hari ni berlubang… esok clear”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aksi Kuching City FC bertemu Sarawak United hari ini. Foto: MFL

 

Oleh: SURYATI MOHD NOR

KETUA jurulatih Kuching City FC, Irfan Bakti Abu Salim ‘tabik’ kepada pemilik Stadium Pasir Gudang Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana menyediakan kemudahan terbaik kepada pasukannya.

Kuching City FC mendapat kebenaran menggunakan Stadium Pasir Gudang sebagai ‘home’ berikutan kawalan penularan Covid-19 sejak bulan lalu.

“Saya tabik kepada JDT, padang sebaik itu, hari ni kami buat lubang… esok ‘clear. Kalau saya cakap tak ada (padang seperti itu) di Malaysia, nanti ada orang marah. Tetapi  team mana lagi selain JDT?. Bukan nak angkat TMJ. Memang terbukti.

ARTIKEL BERKAITAN: “Pasir Gudang ‘home’ kami, terima kasih TMJ”

“Dua tiga, empat hari hujan dan pastinya padang berlubang habis. ‘Ahh sudah… kena marahlah’.  Tetapi bila datang (esoknya), seolah-olah padang lain. 

Kuching City FC menang 1-0 ke atas Sarawak United. Foto: MFL

“Saya tak pernah alami latihan seperti ini. Saya mengalami latihan (sebelum ini) lembu pun tak boleh pijak rumput,” kongsi Irfan Bakti selepas aksi kemenangan ke atas Sarawak United pada Selasa.

Mengenai perlawanan tersebut, Kuching City FC menang 1-0 ke atas Sarawak United menerusi jaringan minit ke-84 oleh Alif Hassan.

Kemenangan ini juga menyaksikan Kuching City kini berada di tangga kelapan Liga Premier dengan 21 mata, manakala Sarawak United masih kekal di puncak liga mengumpul 37 mata.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: