
Oleh: SURYATI MOHD NOR
PASUKAN Kuching City FC kini tidak lagi ‘pening kepala’ untuk bermain selepas sudah memiliki stadium ‘home’ sendiri di Pasir Gudang.
Dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) di Sarawak berikutan kawalan penularan Covid-19, menyukarkan pasukan lawan dari Semenanjung untuk bermain di sini.
Ketua jurulatih Kuching City, Irfan Bakti Abu Salim mengakui usahanya untuk mendapatkan stadium di Semenanjung menemui jalan buntu selepas beberapa venue tidak mendapat kebenaran untuk digunakan sebagai ‘tuan rumah’.
“Ada sembilan lagi perlawanan Liga Premier, dan kami akan berada di Pasir Gudang sehinggalah Piala Malaysia, lebih kurang dua bulan.
“Terima kasih kepada TMJ (Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim) yang membenarkan kami menggunakan Stadium Pasir Gudang sebagai home.
“Call Kuala Lumpur tak boleh, Selangor tak boleh dan Negeri Sembilan pun tak boleh.
“Call JDT, Alhamdullilah dapat. Walaupun kos agak tinggi (di semenanjung) tetapi kami harap Pasir Gudang akan beri tuah kepada kami,” jelasnya selepas aksi kemenangan pertama di Pasir Gudang 3-1 ke atas Kelantan FC.
[…] ARTIKEL BERKAITAN: “Pasir Gudang ‘home’ kami, terima kasih TMJ” […]