Bola Sepak

UiTM FC bangkit kecewakan MUFC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aksi penyerang MUFC, Giovane Gomes cuba memperdayakan pertahanan UiTM FC, Ahmad Khuzaimi.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KELAB Bolasepak Melaka United (MUFC) terpaksa berputih mata untuk meraih tiga mata penuh apabila sekadar seri 1-1 ketika berdepan dengan pasukan tercorot, UiTM FC pada perlawanan di Stadium Hang Jebat, Melaka, sebentar tadi.

Tuan rumah yang dilihat mendominasi perlawanan sebaik sahaja perlawanan bermula memiliki beberapa peluang diawal 30 minit babak pertama namun ketumpulan jentera serangan menafikan gol yang diidamkan.

Mengakhiri babak pertama, rembatan dari luar kotak penalti melalui S Kumaahran akhirnya memecah kebuntuan jaringan memastikan MUFC didepan mengatasi UiTM FC.

Babak kedua juga jelas mempamerkan penguasaan skuad bimbingan Zainal Abidin Hassan namun tiada jaringan terhasil dengan corak permainan lebih berhati-hati disajikan tuan rumah.

Impian MUFC meraih tiga mata penuh pada perlawanan ke -19 Liga Super bagaimanapun musnah apabila ketua pasukan UiTM FC, Victor Nirennold menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-82 dan keputusan berkenaan kekal sehinggalah tamat perlawanan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: