Bola Sepak

Sang Badak tersungkur di laman sendiri

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : SUBKHI SUDARJI

SABAH FC terus gagal meraih kemenangan selepas tujuh perlawanan apabila kecundang 0-3 pada aksi menentang Penang FC, di Stadium Likas, Kota Kinabalu sebentar tadi.

Dua gol dijaringkan penyerang berbisa Harimau Kumbang, Casagrande (m-38 , m-53 ) dan Sheriddin Boboev (m-67) memastikan rentetan kekalahan yang dialami mereka pada dua perlawanan sebelum ini terlerai.

Beraksi dalam keadaan padang yang agak licin ekoran hujan sebelum perlawanan, Sabah FC turut memiliki beberapa peluang menerusi Amri Yahyah pada minit ke 30 dan Saddil Ramdani penghujung babak pertama namun palang menafikan hasrat tuan rumah.

Ketinggalan 0-1 hasil jaringan Casagrande pada minit ke-38 tidak mematahkan semangat pemain tuan rumah yang terus melancarkan serangan sebaik wisel babak kedua ditiupkan pengadil.

Namun keghairahan Sang Badak memburu gol penyamaan membawa padah apabila pelawat berjaya menggandakan kelebihan jaringan juga melalui tandukan sempurna Casagrande pada minit ke-53 untuk kedudukan 2-0.

Pemain import Penang FC dari Tajikistan, Sheriddin Boboev turut meletakkan nama selaku penjaring gol ketiga buat pasukan pada minit ke-67 yang seterusnya memastikan kemenangan mutlak pelawat.

Walaupun tuan rumah menggandakan serangan namun kekentalan benteng pertahanan dan ketangkasan penjaga gawang Penang FC, Samuel Somerville tangkas menyelamatkan gawang.

Kekalahan malam ini meletakkan skuad bimbingan Kurniawan Dwi Yulianto terus gagal meraih kemenangan selepas tujuh perlawanan sebelum ini dimana kali terakhir mereka menang adalah pasa 5 Mei 2021 dengan keputusan 3-1 mengatasi Melaka United FC.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: