Antarabangsa

Pele akui ‘sangat baik’ selepas jalani rawatan buang kanser kolon

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pele mengakui dia berada dalam kesihatan yang baik.

LEGENDA bola sepak Brazil Pele mendedahkan dia berada dalam keadaan sangat baik selepas membuang tumor di usus besarnya.

Pele,80, berada di hospital selama enam hari dan menjalani pembedahan Sabtu lalu.

Menurut laporan media Brazil, ikon bola sepak itu menjalani pemeriksaan kesihatan rutin di Hosipital Albert Einstein Sao Paulo dan telah doktor telah mengesan terdapat tumor kolon dalam badannya.

Pele memuatnaik status kesihatannnya di laman media sosial.

“Rakan-rakan saya, terima kasih di atas mesej-mesej baik kepada saya.

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana sihat dan membenarkan Dr Fabio serta Dr Miguel memantau kesihatan saya. Sabtu lalu saya menjalani pembedahan membuang sesuatu yang mencurigakan di usus kanan. Tumor itu dikenal pasti semasa ujian yang saya jalani minggu lalu.

“Untungnya, kebiasaannya saya meraikan kemenangan hebat bersama anda. Saya akan menghadapi ‘perlawanan’ ini dengan senyuman,  keyakinan dan kegembiraan untuk hidup dikelilingi dengan kasih sayang keluarga dan rakan-rakan saya.”


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: