Antarabangsa

Bekas pemain Perancis Adams meninggal dunia selepas 39 tahun koma

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Adams (kiri) beraksi bersama pasukan Perancis.

BEKAS pemain pertahanan Perancis Jean-Pierre Adams meninggal dunia selepas 39 tahun berada dalam keadaan koma.

Adams,73, meninggal dunia di Hospital University Nimes pada Isnin.

Pada 17 Mac 1982, Adams menjalani pembedahan lutut di Hospital Lyon.

Adams yang berusia 34 tahun ketika itu diberi ubat bius dan dijangka tidak sedarkan diri hanya beberapa jam sahaja.

Namun, sebaliknya berlaku apabila Adams langsung tidak sedar dan terus berada dalam keadaan koma sehingga nafas terakhirnya.

Adams bermain bersama Nimes sebelum dipanggil menyertai skuad Perancis.

Sebelum insiden koma, Adams yang lahir di Dakar, Senegal pada tahun 1948, dilaporkan sedang menjalani kursus kejurulatihan di Djon pada tahun 1982.

Pada hari ketiga kursus tersebut, Adams tidak selesa dengan kesakitan di bahagian lutut dan telah ke hospital pada hari berikutnya.

Menurut laporan pemeriksaan, terdapat kerosakan di bahagian tendon lututnya.

Bekas pemain Paris Saint-Germain, Nimes dan Nices ini bertemu dengan pakar bedah  dan secara tidak langsung telah bersetuju untuk melakukan pembedahan lututnya.

“Semuanya baik. Saya berada dalam keadaan yang bagus,” kata Adams kepada isterinya, Bernadette sebelum menjalani pembedahan dan dipercayai kata-kata terakhir darinya.

Dilaporkan doktor yang mengendali pembedahan Adams itu telah melakukan kesilapan memberi ubat bius, malah turut menguruskan lapan pesakit lain dalam masa yang sama.

Adams koma pada usia 34 tahun ketika menjalani pembedahan lutut.

Selepas berada dalam koma,  isterinya Bernadette telah menerima sumbangan daripada bekas kelab-kelab suaminya dan juga Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) bagi membaiki kediaman yang lebih selesa untuk menjaga suaminya.

Bernadette menggelarkan rumah mereka ‘ The House of the Beautiful Sleeping Athlete’.

Adams dan Bernadette mempunyai dua orang anak, Laurent dan Frederic.

Mendiang merakam 22 kaps bersama pasukan Perancis dan digelar ‘The Black Rock’.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: