Basikal

“Hanya pemenang mengenali pemenang” – TMJ


Azizulhasni bertemu TMJ di Ibu Pejabat JDT pada Selasa. Foto: FB Azizulhasni Awang

Oleh: JJFIRDAUS

TUNKU Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020, Datuk Azizulhasni Awang di Ibu Pejabat JDT pada Selasa.

Menerusi hantaran di laman Instastory,  Tunku Ismail menyatakan bahawa hanya pemenang mengenali pemenang dan sememangnya Azizulhasni adalah pemenang yang berada pada kelas tersendiri.

Dalam pertemuan itu juga, TMJ menyerahkan kurniaan berupa sumbangan kepada Azizul sebagai tanda penghargaan kepada kejayaan beliau pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Patik amatlah terharu dan seperti bermimpi disiang hari kerana dapat bersama-sama dengan Tunku dan berkongsi pengalaman serta kejayaan di Olimpik Tokyo baru-baru ini.”

“Patik juga menjunjung kasih di atas kesudian Tunku untuk mendengar idea dan pandangan patik dalam membangunkan arena sukan negara terutamanya sukan berbasikal di Negeri Johor.”

“Patik amat berharap agar apa yang dihasratkan dapat dijadikan realiti dan semoga ia dapat di manfaatkan oleh seluruh warga sukan terutamanya mereka yang berada di Johor,” kata kata Azizul menerusi laman sosial rasmi beliau.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: