Paralimpik Tokyo 2020

Liek Hou dan Latif selamat tiba di KLIA

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Liek Hou (kiri) dan Abdul Latif Romly (kanan) selamat tiba di KLIA, Sepang hari ini.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

JAGUH paralimpik negara dalam acara Badminton, Cheach Liek Hou dan Abdul Latif Romly (lompat jauh) yang menyumbang pingat emas kedua dan ketiga negaraselamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, sebentar tadi.

Turut sama pulang atlet para olahraga, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi ,Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) merangkap Chef de Mission (CDM) deligasi Malaysia ke Paralimpik Tokyo 2020, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, Ketua Setiausaha KBS, Datuk M Noor Azman Taib , jurulatih serta pegawai MSN, ISN dan MPM yang bertugas pada temasya berkenaan.

Kesemua mereka selamat tiba dengan menaiki pesawat MH71 dari Narita, Jepun kira-kira jam 5.45 petang.

Kepulangan wira paralimpik negara itu disambut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan , Senator Datuk Seri Ti Lian Ker serta Ketua Pengarah, Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi .

Ahmad Faizal berkata, kemenangan yang dikecapi ini, sekali lagi telah membawa penyatuan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama, bangsa dan fahaman politik.

Ujarnya, melalui emas yang disumbangkan ini juga ia merupakan hadiah kepada negara sempena Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September 2021.

Beliau turut menyatakan bahawa selepas Paralimpik 2020 Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan meneruskan program pembangunan sukan khususnya dalam menggilap bakat-bakat baharu bagi mewakili negara ke kejohanan peringkat antarabangsa termasuk Sukan Olimpik Paris 2024 dan Sukan paralimpik 2024.

“KBS  yakin Program Podium, Pelapis dan program-program lain lagi akan dapat menonjolkan bakat baharu sukan dalam jangka masa lima tahun akan datang,” katanya.

Pencapaian atlet paralimpik negara di Temasya Sukan Paralimpik 2020 adalah amat membanggakan apabila membawa pulang tiga pingat emas dan dua pingat perak dimana ianya telah menjangkaui sasaran tiga pingat emas yang telah ditetapkan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Pencapaian berkenaan sekaligus mencatat sejarah baru apabila mengatasi pencapaian atlet paralimpik di Sukan Paralimpik Rio 2016 dimana atlet kita telah membawa pulang tiga(3) pingat emas dan satu gangsa.

Pada temasya sukan berprestij berkenaan, Malaysia telah memperolehi pingat daripada empat jenis sukan iaitu olahraga, badminton, boccia dan powerlifting.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: