Permotoran

Verstappen rangkul trofi juara di hadapan penyokong sendiri

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh: JJFIRDAUS

PEMANDU tuan rumah, Max Verstappen menggembirakan penonton di Litar Zandvoort apabila menjuarai perlumbaan Grand Prix Belanda yang kembali semula dalam kalendar perlumbaan Formula Satu (F1) selepas 1985.

Verstappen memulakan perlumbaan dengan baik di petak pertama dan mendahului majoriti perlumbaan sekaligus merampas semula kedudukan pendahulu keseluruhan.

Pencabar kejuaraan, Lewis Hamilton memberikan tekanan dengan menukar strategi hentian pit tetapi Max yang didukung penyokong tempatan berjaya mengekalkan rentak sekaligus menjuarai perlumbaan kedua berturut-turut dalam dua minggu.

Turut mengiringi Verstappen dan Hamilton di podium adalah seorang lagi pelumba Mercedes, Valtteri Bottas manakala seorang lagi pelumba Red Bull Racing, Sergio Perez yang memulakan perlumbaan di tempat terakhir mempamerkan pemanduan cemerlang untuk mengakhiri perlumbaan di tangga kelapan.

 

Bercakap kepada media selepas perlumbaan, Verstappen berkata: “Harapan penyokong disini sangat tinggi dan ini sangat menyukarkan keadaan. Tetapi ianya satu perasaan yang menakjubkan dan semua penyokong ini sungguh luar biasa. Kami sangat berpuas hati dengan persembahan keseluruhan secara berpasukan”.

Formula Satu akan terus ke Itali untuk Grand Prix Itali pada 12 September nanti di Litar Monza dengan satu lagi perlumbaan sengit dijangka bakal diberikan oleh kedua-dua pencabar kejuaraan ini.

Ribuan peminat Verstappen meraikan kejayaannya di Litar Zandvoort.

Keputusan Grand Prix F1 Belanda

1. Max Verstappen – Red Bull
2. Lewis Hamilton – Mercedes
3. Valtteri Bottas – Mercedes
4. Pierre Gasly – Alpha Tauri
5. Charles Leclerc – Ferrari
6. Fernando Alonso – Alpine
7. Carlos Sainz – Ferrari
8. Sergio Perez – Red Bull
9. Esteban Ocon – Alpine
10. Lando Norris – McLaren
11. Daniel Ricciardo – McLaren
12. Lance Stroll – Aston Martin
13. Sebastian Vettel – Aston Martin
14. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
15. Robert Kubica – Alfa Romeo
16. Nicolas Latifi – Williams
17. George Russell – Williams
18. Mick Schumacher – Haas
19. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
20. Nikita Mazepin – Haas

Kedudukan Pemandu Selepas GP F1 Belanda (10 teratas)

1. Max Verstappen – 224.5 mata
2. Lewis Hamilton – 221.5 mata
3. Valtteri Bottas – 123 mata
4. Lando Norris – 114
5. Sergio Perez – 108 mata
6. Charles Leclerc – 92 mata
7. Carlos Sainz – 89.5 mata
8. Pierre Gasly – 66 mata
9. Daniel Ricciardo – 56 mata
10. Fernando Alonso – 46 mata

Kedudukan Pengeluar Selepas GP F1 Belanda

1. Mercedes – 344.5 mata
2. Red Bull Racing – 332.5 mata
3. Ferrari – 181.5 mata
4. McLaren – 170 mata
5. Alpine – 90 mata
6. Alpha Tauri – 84 mata
7. Aston Martin – 53 mata
8. Williams – 20 mata
9. Alfa Romeo – 3 mata
10. Haas – 0 mata


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: