Permotoran

Espargaro sedia tawan Aragon

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Espargaro tekad memburu podium pada aksi hujung minggu ini.

PELUMBA MotoGP yang menunggang jentera Aprilia, Aleix Espargaro mahu memastikan lebih banyak podium berjaya ditaklukinya dengan sasaran terbaharu adalah MotoGP Aragon hujung minggu ini.

Meraih kedudukan ditangga ke tiga pada MotoGP Britian sebelum ini, pelumba kelahiran Sepanyol itu mahukan lebih banyak kejayaan dicapai pada aksi di litar Aragon sebagaimana diraih pada 2014 dengan tempat kedua.

Ketika itu Espargaro masih berlumba dengan Forward Racing Yamaha.

Ujarnya, Aragon adalah litar yang menjadi kegemarannya dan tidak sabar menantikan aksi.

“Semestinya di Aragon, kmempunyai enjin baru di sana. Jadi, tunggu saja,  kita harus berjuang untuk podium sekali lagi, itu pasti.

“Saya rasa kita sudah bersedia untuk berjuang lagi untuk podium,” katanya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: