Permotoran

F1 Itali: Bottas rebut petak pertama ‘sprint race’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bottas berjaya merebut petak utama untuk perlumbaan ‘Sprint Race’ kedua F1.

Oleh: JJFIRDAUS

PEMANDU Mercedes AMG Petronas, Valtteri Bottas berjaya merebut petak utama untuk perlumbaan ‘Sprint Race’ kedua Formula Satu (F1) apabila mencatatkan masa terpantas dalam sesi kelayakan Grand Prix Itali di Litar Monza.

Bottas melakukan masa sepusingan terpantas 1 minit 19.555 saat mengatasi rakan sepasukan, Lewis Hamilton 0.096 saat manakala pendahulu keseluruhan, Max Verstappen di petak ketiga dalam sesi kelayakan yang diadakan pada sebelah petang Jumaat.

Format baharu Formula Satu ini menyaksikan sesi kelayakan kini diubah ke petang Jumaat untuk menentukan grid bagi perlumbaan Sprint 100km atau 30 minit yang bakal berlangsung pada Sabtu.

 

Lima pemandu gagal layak ke sesi kelayakan kedua dengan Nicolas Latifi, Yuki Tsunoda, Mick Schumacher, Robert Kubica dan Nikita Mazepin tersingkir apabila mencatatkan masa paling perlahan.

Sesi kelayakan kedua pula menyaksikan lima lagi pelumba tersingkir dengan dua pelumba Aston Martin, Sebastian Vettel dan Lance Stroll serta Fernando Alonso, Esteban Ocon, dan George Russell bakal memulakan perlumbaan Sprint di petak ke-11 hingga ke-15.

‘Top 10 Shootout’ bersaing sengit sebelum Bottas berjaya mencatatkan masa terpantas sekaligus bakal bermula di petak hadapan pada perlumbaan Sprint yang menawarkan 3 mata kepada pemenang bagi kategori pemandu dan pengeluar.

Siapakah yang bakal bergelar juara ‘Sprint Race’ ini sekaligus bermula pada petak hadapan pada perlumbaan pertama Ahad nanti. Sama-sama kita nantikan jam 10.30 malam ini.

Keputusan Sesi Kelayakan Grand Prix F1 Itali

1. Valtteri Bottas – Mercedes
2. Lewis Hamilton – Mercedes
3. Max Verstappen – Red Bull
4. Lando Norris – McLaren
5. Daniel Ricciardo – McLaren
6. Pierre Gasly – Alpha Tauri
7. Carlos Sainz – Ferrari
8. Charles Leclerc – Ferrari
9. Sergio Perez – Red Bull
10. Antonio Giovinazzi- Alfa Romeo
11. Sebastian Vettel – Aston Martin
12. Lance Stroll – Aston Martin
13. Fernando Alonso – Alpine
14. Esteban Ocon – Alpine
15. George Russell – Williams
16. Nicolas Latifi – Williams
17. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
18. Mick Schumacher – Haas
19. Robert Kubica – Alfa Romeo
20. Nikita Mazepin – Haas


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: