Permotoran

F1 Itali: Bottas juara ‘sprint race’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Bottas muncul juara acara ‘sprint race’.

PELUMBA Mercedes AMG Petronas, Valtteri Bottas mempamerkan pemanduan hebat apabila menjuarai perlumbaan ‘Sprint Race’ dalam Grand Prix Formula Satu (F1) Itali yang berlangsung di Litar Monza.

Menerusi perlumbaan 30 minit sejauh 100km itu, Bottas berjaya mengatasi Max Verstappen yang bermula di petak ketiga dengan sekaligus menempah petak pertama untuk perlumbaan utama Grand Prix Itali yang akan berlangsung esok.

Bagaimanapun Bottas tidak dapat memulakan perlumbaan esok di petak utama selepas pasukan membuat keputusan untuk menukar enjin jentera beliau sekaligus menyaksikannya bakal bermula di tangga terakhir.

 

Bagaimanapun, hasil kemenangan itu, Bottas juga turut berjaya mengumpul tiga mata tambahan dalam perlumbaan format baharu yang masih di peringkat ujian ini. Melengkapkan podium pada Sabtu adalah pelumba McLaren, Daniel Ricciardo.

Malang buat Lewis Hamilton yang melakukan permulaan buruk sekaligus berakhir di tangga kelima dan terpaksa melihat Max Verstappen melebarkan kelebihan mata keseluruhan kepada lima mata.

Perlumbaan Sprint ini juga dijadikan sebagai penentu grid perlumbaan esok dengan perlumbaan utama masih mengekalkan format lama dengan hentian pit wajib dan pelumba juga perlu menggunakan kedua-dua jenis tayar.

Kedudukan grid perlumbaan bagi Grand Prix Itali pada Ahad:

1. Valtteri Bottas – Mercedes*
2. Max Verstappen – Red Bull
3. Daniel Ricciardo – McLaren
4. Lando Norris – McLaren
5. Lewis Hamilton – Mercedes
6. Charles Leclerc – Ferrari
7. Carlos Sainz – Ferrari
8. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
9. Sergio Perez – Red Bull
10. Lance Stroll – Aston Martin
11. Fernando Alonso – Alpine
12. Sebastian Vettel – Aston Martin
13. Esteban Ocon – Alpine
14. Nicolas Latifi – Williams
15. George Russell – Williams
16. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
17. Nikita Mazepin – Haas
18. Robert Kubica – Alfa Romeo
19. Mick Schumacher – Haas
20. Pierre Gasly – Alpha Tauri

* Penalti permulaan grid terakhir kerana pertukaran enjin


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: