Permotoran

F1 Belanda: Verstappen terpantas aksi kelayakan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh: JJFIRDAUS

PELUMBA pasukan Red Bull Racing, Max Verstappen berjaya merampas petak pertama untuk perlumbaan Grand Prix Belanda pada Ahad dalam sesi kelayakan yang berlangsung di Litar Zandvoort pada Sabtu.

Perlumbaan Formula Satu (F1) kembali semula ke Belanda selepas kali terakhir menganjurkan Grand Prix pada 1985 dengan majoriti penyokong di litar memakai pakaian bewarna oren sebagai tanda sokongan kepada pelumba tuan rumah, Max Verstappen.

Verstappen mencatat masa sepusingan terpantas 1 minit 08.885 saat di litar sepanjang 4.1km itu untuk permulaan petak utama. Turut sama bakal bermula di barisan hadapan adalah pemandu Mercedes, Lewis Hamilton ketinggalan 0.038 di belakang.

Kejutan berlaku pada sesi kelayakan pertama apabila Sergio Perez dan Sebastian Vettel tersingkir bersama-sama Robert Kubica serta dua pelumba Haas, Mick Schumacher dan Nikita Mazepin. Mereka bakal memulakan perlumbaan di grid ke-16 hingga ke-20.

Sesi kelayakan kedua dihentikan seketika akibat bendera merah selepas George Russell terbabas pada selekoh terakhir. Selepas disambung semula, sekali lagi sesi dihentikan kali ini Nicolas Latifi pula terlibat dalam kemalangan dan sesi kelayakan yang berbaki dua minit tidak diteruskan.

Keputusan menyaksikan lima lagi pelumba tersingkir dengan George Russell, Lance Stroll, Lando Norris, Nicolas Latifi dan Yuki Tsunoda akan memulakan perlumbaan dari petak ke-11 hingga ke-15.

Sepuluh perlumba meneruskan perebutan petak utama dalam sesi kelayakan ketiga dengan Max Verstappen dilihat terlalu pantas untuk diatasi dan berjaya mencatat masa terpantas sekaligus menggembirakan penyokong tuan rumah.

 

Selepas hanya menamatkan tiga pusingan sahaja pada Grand Prix Belgium minggu lalu akibat cuaca buruk, perlumbaan minggu ini pastinya akan menyajikan satu perlumbaan yang menarik. Saksikan Grand Prix Belanda esok jam 9 malam waktu Malaysia.

Keputusan Kelayakan GP F1 Belanda

1. Max Verstappen – Red Bull
2. Lewis Hamilton – Mercedes
3. Valtteri Bottas – Mercedes
4. Pierre Gasly – Alpha Tauri
5. Charles Leclerc – Ferrari
6. Carlos Sainz – Ferrari
7. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
8. Esteban Ocon – Alpine
9. Fernando Alonso – Alpine
10. Daniel Ricciardo – McLaren
11. George Russell – Williams
12. Lance Stroll – Aston Martin
13. Lando Norris – McLaren
14. Nicolas Latifi – Williams
15. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
16. Sergio Perez – Red Bull
17. Sebastian Vettel – Aston Martin
18. Robert Kubica – Alfa Romeo
19. Mick Schumacher – Haas
20. Nikita Mazepin – Haas


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: