Antarabangsa Permotoran

Kimi Raikkonen umum persaraan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kimi Raikkonen  memenangi gelaran juara dunia pada 2007.

 

Oleh: JJFIRDAUS

PEMANDU pasukan Alfa Romeo, Kimi Raikkonen telah mengumumkan bahawa beliau akan bersara dari sukan Formula Satu pada penghujung musim 2021 ini.

Pemandu Finland itu yang memenangi gelaran juara dunia pada 2007 akan berusia 42 tahun pada hujung musim ini melakukan penampilan sulung pada Grand Prix Australia 2001 bersama pasukan Sauber Petronas.

Alfa Romeo masih belum mengesahkan barisan pemandu mereka untuk musim depan selepas Raikkonen membuat pengumuman persaraan beliau menjelang Grand Prix Belanda yang akan berlangsung di Zandvoort hujung minggu ini.

“This is it,” tulis beliau di laman Instagram rasminya. “Ini akan menjadi musim terakhir saya dalam Formula Satu. Keputusan ini sudah pun dilakukan pada cuti musim sejuk tahun lalu. Ianya bukan keputusan yang mudah tetapi selepas musim ini ianya masa untuk saya lakukan perkara lain.”

“Walaupun musim ini masih berlangsung, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya, semua pasukan saya, semua yang terlibat dalam karier perlumbaan saya dan terutamanya kepada para penyokong yang sentiasa menyokong saya setiap masa sebelum ini.”

“Berlumba dalam Formula Satu mungkin berakhir buat saya tetapi banyak lagi perkara dalam hidup yang saya mahu lalui dan alami keseronokannya. Jumpa anda semua nanti.” katanya.

Raikkonen membuat pengumuman persaraan beliau menjelang Grand Prix Belanda yang akan berlangsung di Zandvoort hujung minggu ini.

Selepas melakukan debut bersama Sauber Petronas, Raikkonen berkhidmat selama lima tahun di McLaren sebelum berpindah ke Ferrari untuk tiga musim. Di Ferrari beliau berjaya muncul juara dunia pada 2007 menewaskan Fernando Alonso dan Lewis Hamilton ketika perlumbaan terakhir di Brazil.

Kimi berhenti seketika selama dua tahun untuk menyertai perlumbaan rali sebelum kembali semula bersama pasukan Lotus selama dua musim pada 2012 sebelum menyertai Ferrari sekali lagi sepanjang lima tahun. Beliau kemudian menyertai Alfa Romeo sekaligus mengakhiri karier beliau.

Raikkonen bergelut musim ini dan kini menduduki tangga ke-17 dalam kedudukan pemandu dengan hanya dua mata ketika separuh musim ini.

Sepanjang karirer, beliau memulakan 344 Grand Prix hingga kini dan berjaya memenangi 21 perlumbaan, 103 kedudukan podium dan 18 petak pertama. Kini beliau mempunyai baki 10 perlumbaan untuk ditambah kepada rekod yang begitu cemerlang ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: