Antarabangsa Bola Sepak

CR7 kini penjaring terbanyak antarabangsa sepanjang zaman

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Meledak dua gol membantu kemenangan pasukan ke atas Ireland.

Oleh: JJFIRDAUS

CRISTIANO Ronaldo kini muncul sebagai penjaring terbanyak antarabangsa sepanjang zaman selepas dua jaringan beliau mengatasi rekod ketika membantu Portugal menewaskan Ireland 2-1 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia.

Selepas mengumumkan kembalinya beliau ke Manchester United, Cristiano Ronaldo telah melakar sejarah apabila gol beliau pada lewat permainan berjaya mengatasi rekod yang dipegang oleh penyerang Iran, Ali Daei sebanyak 109 gol.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut menjaringkan satu lagi gol pada masa kecederaan untuk memberikan kemenangan kepada Portugal dan juga gol peribadi beliau ke-111.

Walaupun sudah berusia 36 tahun, Ronaldo masih berbisa dan beliau berjaya membuktikan kemampuan dengan muncul penjaring terbanyak kejohanan UEFA Euro 2020 dengan lima gol. Beliau dianugerahkan trofi berkenaan sebelum sepak mula perlawanan menentang Ireland.

Usia bukan penghalang buat Ronaldo untuk terus mengegar gawang lawan.

Bintang Portugal itu mempunyai peluang awal untuk memecahkan rekod tersebut apabila Portugal dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-15 namun gagal disempurnakan oleh beliau.

Dengan prestasi cemerlang Ronaldo ini, ianya pasti menjadi berita baik buat pasukan Red Devils dalam usaha mereka menamatkan kemarau kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Cristiano Ronaldo. Seorang legenda hidup bola sepak.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: