Bola Sepak

Tok Gajah bangkit raih satu mata di Kuantan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ketua pasukan Kedah Darul Aman FC, Baddrol Bakhtiar dikawal ketat pemain tuan rumah pada perlawanan yang berkesudahan seri 2-2.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

SRI Pahang FC bangkit dua kali untuk menghampakan impian tiga mata buat Kedah Darul Aman FC selepas kedua-dua pasukan mencatat keputusan seri 2-2 pada aksi di Stadium Darul Makmur Kuantan, sebentar tadi.

Pelawat seharusnya menyalahkan diri sendiri apabila mensia-siakan peluang untuk mengesahkan lebih awal penyertaan buat kali kedua dalam saingan  Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagi musim 2022.

Pada aksi sebentar tadi, pelawat terlebih dahulu berada didepan hasil jaringan Amirul Hisyam pada minit ke -10 apabila sepakannya dari luar kotak penalti berjaya memperdayakan penjaga gawang tuan rumah, Danial Wafiuddin.

Namun gol itu bagaimanapun tidak bertahan lama apabila penyerang import Tok Gajah, Kenjok Athiu menyamakan kedudukan selang 19 minit kemudian untuk kedudukan seri 1-1 sehingga kedua-dua pasukan masuk ke bilik persalinan untuk babak pertama.

Memasuki babak kedua, Sri Pahang FC dilihat lebih garang berbanding pelawat menerusi beberapa gerakan dijelmakan Manuel Hidalgo dan Kenjok Athiu namun gagal mengegarkan jaring gol Lang Merah buat kali kedua.

Kemasukan Syazwan Zainon dan Azamudin Akil ketika perlawanan berbaki 25 minit spearuh masa kedua nyata membuahkan hasil buat Kedah apabila Syazwan berjaya menjaringkan gol kedua pada minit ke-67.

Ketika tiga mata hampir menjadi milik Kedah Darul Aman, tekanan berterusan Sri Pahang FC dalam usaha memburu gol kedua membuahkan hasil apabila pemain Kedah Darul Aman FC, Loqman Hakim menjaringkan gol sendiri pada minit ke-87.

Keputusan seri yang diraih Kedah Darul Aman malam ini bagaimanapun tidak mengubah kedudukannya yang berada ditangga kedua dengan 39 mata mengatasi Terengganu FC ditangga ketiga.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: