Bola Sepak

Sarawak United FC sah ke Liga Super 2022

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pasukan Sarawak United FC layak ke aksi Liga Super musim depan. Foto: Sarawak United

Oleh: JJFIRDAUS

PENDAHULU Liga Premier Malaysia, Sarawak United mengesahkan tempat ke Liga Super 2022 hari ini tanpa mengeluarkan sebarang peluh.

Ini berikutan kekalahan Kuching City kepada Negeri Sembilan 1-2 di Stadium Pasir Gudang sekaligus menyaksikan tiada lagi pasukan yang mampu memintas mata Sarawak United meskipun jika tewas kesemua tiga lagi baki perlawanan liga.

Sarawak United kini unggul dengan 37 mata, sudah cukup untuk mengenepikan cabaran Kuching City dan PDRM yang hanya mampu meraih 35 mata dan 31 mata, maksimum jika berjaya memenangi kesemua baki perlawanan mereka.

Sarawak United berjaya mencapai sasaran awal musim iaitu untuk layak ke Liga Super tetapi mereka mempunyai peluang untuk menjadi juara berganda sekiranya berjaya bergelar juara Liga Premier 2021 yang kini dicabar oleh Negeri Sembilan. Tahniah Sarawak United.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: