Bola Sepak

Kontrak Raja Isa disambung bersama Muktijoddha Sangsad KC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Raja Isa bersama penolong jurulatih, Destagir (kanan) dan pengurusan pasukan Ariful Rahman (kiri) yang membentuk gabungan mantap pasukan Muktijoddha Sangsad KC musim ini.

Oleh: MOHD FAHMI ISMAIL

PENCAPAIAN terbaik Raja Isa Raja Akram Shah mengemudi Muktijoddha Sangsad KC di Liga Perdana 1 Bangladesh memuaskan hati pihak tertinggi pengurusan kelab.

Terkini, Raja Isa mendapat tawaran melanjutkan kontrak baharu sehingga musim 2023.

“Alhamdulillah, perjalanan saya bersama kelab berjalan baik dan lancar. Sasaran KPI ditetapkan oleh kelab berjaya saya capai.

“Kini, fokus saya pada tahun 2022 adalah mengekalkan prestasi dan fokus untuk berada di antara ranking lapan atau lima terbaik,” ujarnya

Antara KPI untuk jurulatih kelahiran Ampang ini adalah kekal di Liga 1 Bangladesh Premier League 2021 hingga 2022.

Raja Isa juga bertanggungjawab membentuk karakter dan falsafah bola sepak yang baru buat Muktijodda.

Bentuk seramai mungkin pemain lokal Bangladesh ke pasukan kebangaaan senior bawah 23 tahun dan bawah 19 tahun.

Selain itu, tugas utama Raja Isa adalah membentuk Mental Strength Tactical dan moral secara individu dan berpasukan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: