Bola Sepak

Kedah perlu tenang tanpa Ataya dan Sherman- Aidil Sharin

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Barisan pemain Kedah menjalani latihan ringan berhampiran hotel penginapan.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KETUA jurulatih Kedah Darul Aman FC, Aidil Shahrin Sahak  mahu barisan pemainnya tenang menghadapi tuan rumah walaupun ketiadaan dua tonggak utama iaitu Kpah Sherman dan Rabih Ataya.

Ujar Aidil, dia akan memberikan kepercayaan serta dorongan kepada sesiapa sahaja yang bakal diturunkan nanti.

“Para pemain harus tenang dan ikut segala taktikal yang telah dirancang. InshaAllah, jika semuanya memberikan komitmen seratus peratus, keputusan positif akan berpihak kepada pasukan.

“Selain itu, sasaran satu mata menjadi pilihan dan bonus jika perolehi kemenangan kerana Sri Pahang juga ada misi mereka tersendiri untuk terus kekal beraksi di saingan Liga Super 2022,” ujarnya.

Pelawat akan turun tanpa Ataya dan Sherman yang mendapat panggilan skuad Kebangsaan bagi menghadapi Pusingan Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 bermula 31 Ogos hingga 9 September 2021.
Mengulas aksi menentang di Stadium Darul Makmur malam ini, Aidil memaklumkan akan terus membuat penggiliran pemain bagi memastikan pasukan berada dalam tahap kecergasan yang tinggi .
“Ada beberapa pemain yang perlu direhatkan dan pemain baru diturunkan, saya akan meneliti dahulu barisan pemain dan lihat apa yang akan kita lakukan untuk aksi menentang lawan.
“Kami akan mengharungi perjalanan ke Kuantan, jadi kami akan lihat siapa yang akan bermain malam ini,” jelasnya.
Kedah yang hanya beraksi 18 perlawanan berbanding JDT dan TFC yang sudah pun mengharungi 20 aksi Liga Super  ketika ini dilihat melakukan penggiliran pemain dalam beberapa perlawanan untuk memastikan pemain yang diturunkan cergas sepenuhnya.
Tiga mata yang diraih malam ini pastinya akan memberikan kelebihan buat pasukan untuk berada dikedudukan kedua liga dengan 41 mata dan masih berbaki satu perlawanan berbanding TFC yang mengutip 37 mata selepas 20 aksi.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: