Bola Sepak

Tiga terbaik mungkin penyelamat buat Nafuzi


Nafuzi menerima surat tunjuk sebab dari pengurusan sebelum aksi menentang JDT malam tadi.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

MENGAKHIRI saingan Liga Super dikedudukan ketiga terbaik dilihat ‘penyelamat’ buat Nafuzi Zain untuk memastikan kedudukannya dalam kem Terengganu FC kekal selepas meraih tiga kekalahan berturut-turut.

Menerima surat tunjuk sebab daripada pengurusan susulan dua kekalahan sebelum aksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) malam tadi, Nafuzi mengakui ia lumrah dalam bola sepak dan mengakui pasukannya memerlukan sokongan kerana masih bersaing dikedudukan tiga terbaik liga.

“Saya melihat dan menilai keseluruhan liga dari awal hingga akhir musim, pandangan setiap orang berbeza, pengurusan dan penyokong, kalau anda lihat dari segi positif ia akan positif dan sebaliknya begitu kalau keputusan tidak bagus.

“Bagi saya dengan skuad yang ada dan dengan perancangan TFC untuk lahirkan pemain muda tempatan ia keputusan positif, gunakan pemain muda untuk masa depan sebba kita tahu dengan pasukan yang ada, bukannya mencipta kejayaan segera dengan labur kewangan.

“Konsisten berada dikelompok ketiga teratas dengan pemain muda bukanlah senang bagaimanapun saya berpuas hati,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Ketika ini Sang Penyu berada dikedudukan ketiga berkongsi 37 mata dengan Penang FC yang akan turun menentang Sri Pahang FC malam ini di Stadium Darul Makmur, Kuantan.

Kedua-dua pasukan ini akan bertembung pada aksi terakhir Liga Super 2021 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang, 12 September nanti.

 

 

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading