Bola Sepak

Mora puas hati dendam terbalas

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Mora menyanjungi semangat juang pemainnya yang terus berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 10 aksi terakhir.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

PENGENDALI Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengakui puas selepas anak buahnya berjaya membalas dendam kekalahan 0-1 dengan jaringan yang sama kepada Terengganu FC (TFC) pada aksi malam tadi.

Biarpun melakar kemenangan tipis 1- 0, Mora ternyata gembira apabila pasukannya melebarkan lagi rekod bersih tanpa bolos dalam lima perlawanan terdahulu dan tanpa tewas dalam 10 aksi terakhir liga.

“Sebenarnya, ia tidak mudah bagi pasukan yang sudah mencapai sasaran untuk menjadi juara kerana mereka seolah-olah tidak mempunyai motivasi lagi.

“Jadi, saya beritahu mereka untuk mencari motivasi kendiri, contohnya Safawi Rasid pemain kelahiran Terengganu perlu buktikan mampu beraksi lebih baik di tempat sendiri, Bergson Da Silva pula selaku penjaring terbanyak dan dia perlu mencari motivasi untuk menambahkan lagi jaringan.

“Selain itu, saya turut memberi penekanan kepada pemain bagi menambahkan lagi rekod bersih seperti tanpa bolos dalam lima perlawanan dan belum kalah dalam 10 perlawanan, ini adalah antara motivasi yang perlu dicari untuk menaikkan lagi semangat pemain bukan hanya pada kejuaraan sahaja.

“Tahniah buat pemain akhirnya mereka berjaya membalas dendam, lagipun hanya TFC sahaja setakat ini yang dapat mengalahkan kami, jadi saya beritahu pemain bahawa ini peluang terbaik untuk melakar kemenangan,” katanya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: