Bola Sepak

Nafuzi galas tanggungjawab atas kekalahan pasukan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Nafuzi mengakui berdepan tekanan namun ia lumrah dalam bola sepak.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

KETUA jurulatih Terengganu FC, Nafuzi Zain mengambil tanggungjawab sepenuhnya  diatas kegagalan kali ketiga berturut-turut skuad bimbingannya susulan kekalahan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT), 0-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin , Kuala Terengganu, malam tadi.

“Saya tidak letakkan kekalahan ditangan pemain, ini adalah tanggungjawab saya, musim lepas pun kita tewas tiga perlawanan berturut-turut semasa dipertengahan liga dan kita bangkit untuk menghabiskan saingan di tempat ketiga.

“Bagi saya kalah itu normal, tekanan pada jurulatih, saya melalui banyak pengalaman, biasalah sebagai jurulatih kalau tidak menang akan ada tekanan,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Mengulas surat tunjuk sebab yang diterima dari pengurusan sebelum perlawanan malam tadi, Nafuzi yang dilihat antara jurulatih muda tempatan berpotensi mengakui menerimanya selepas latihan petang Jumaat lalu.

“Pemain mengetahui saya menerima surat ini yang ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif TFC, Ab Rashid Jusoh dan saya tidak letakkan tekanan kepada mereka.

“Benda ini (surat) normal untuk saya selepas dua kekalahan berturut-turut, semua orang kecewa, tetapi bagi saya kita masih bersaing dikedudukan kelompok atasan liga, apa yang penting ketika ini adalah sokongan dan anjakan moral untuk pasukan dan pemain,” ujarnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: