
Oleh: JJFIRDAUS
KUALA Lumpur City FC mencipta sejarah tersendiri apabila muncul pasukan tunggal yang tidak tewas dalam 11 perlawanan Liga Super di tempat sendiri musim ini.
KL City berjaya menewaskan Kedah Darul Aman FC 2-1 dalam pertembungan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sekaligus merencatkan peluang Kedah untuk muncul sebagai naib juara.
Dua gol pada separuh masa pertama oleh Romel Morales dan Safee Sali cukup untuk memberikan anak buah Bojan Hodak tiga mata penuh dan kekal di tangga keenam liga.
Kedah pula mendapat gol saguhati menerusi jaringan cantik oleh Tchetche Kipre dengan Kedah kelihatan sedikit terjejas tanpa kehadiran Kpah Sherman dan Rabih Ataya.
Sementara itu, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, jaringan tunggal penyerang Khyril Muhymeen Zambri sudah cukup untuk memberikan kemenangan 1-0 kepada PJ City FC menewaskan UiTM FC sekaligus mengekalkan mereka dalam Liga Super.
39′ Gol | PJ City FC kini mendahului UiTM FC 1-0 hasil tandukan Khyril Muhymeen Zambri!@pjcityfc 1-0 @uitmfclions #LigaSuper2021 pic.twitter.com/mjdOWcafLC
ā Malaysian Football League (@MFL_MY) September 4, 2021
Skuad yang menggunakan 100 peratus pemain tempatan ini berjaya membuktikan perjudian mereka berhasil apabila berjaya bersaing dalam liga walaupun tanpa pemain import.
Dengan kekalahan ini pula, UiTM FC mengiringi Perak turun ke Liga Premier pada hari yang sama di mana Negeri Sembilan disahkan naik ke Liga Super mengekori Sarawak United.
Add Comment