Bola Sepak

Negeri Sembilan ke Liga Super 2022

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PASUKAN tempat kedua Liga Premier Malaysia, Negeri Sembilan FC mengesahkan tempat ke Liga Super 2022 hari ini selepas pencabar terdekat, Kuching City FC dan PDRM FC sekadar mencatat keputusan seri.

Kuching City dan PDRM berkongsi satu mata apabila seri 0-0 di Stadium Pasir Gudang sekaligus menyaksikan kedua-dua pasukan tidak mampu memintas mata Negeri Sembilan.

Negeri Sembilan kini mengumpul 35 mata dan mempunyai baki dua lagi perlawanan untuk mengakhiri musim 2021 ini.

Negeri Sembilan berjaya mencapai sasaran awal musim untuk layak ke Liga Super dan kini masih berpeluang untuk menjadi juara Liga Premier 2021 yang kini dicabar hebat oleh Sarawak United. Tahniah Negeri Sembilan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: