Bola Sepak

Perak FC redha, MUFC kekal selamat

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aksi Perak FC berakhir dalam Liga Super musim ini.

Oleh: SUBKI SUDARJI

PENGENDALI Perak FC, Mohd Shahril Nizam Khalil mengakui kehilangan 80 peratus pemain utama yang berhijrah ke pasukan lain antara faktor prestasi tidak ‘menjadi’ musim ini.

Tambahnya lagi, pasukan juga bermain dengan barisan pemain muda yang kurang berpengalaman.

“Saya harap pemain akan bangkit di pentas Liga Perdana 2022 untuk kembali bersaing di Liga Super 2023 nanti,” katanya pada sidang media selepas perlawanan malam tadi.

Bagi jurulatih Melaka United FC, Zainal Abidin Hassan pastinya dia gembira dengan tiga mata diperoleh kerana ia amat penting untuk kekal di pentas Liga Super dan mara ke Piala Malaysia.

Aksi Perak Fc bertemu Melaka United FC pada Jumaat.

“Pemain tidak beraksi mengikut perancangan pada babak pertama sehingga ketinggalan yang akhirnya menekan pasukan.

“Pasukan sering kali tertekan dengan kerap kali ketinggalan namun memuji persembahan anak buahnya yang sempat bangkit untuk meledak dua gol sekali gus meraih mata maksimum,” ujarnya.

Pada aksi di Stadium Hang Jebat, MUFC bangkit dari ketinggalan untuk meraih kemenangan 2-1 ke atas Perak FC.

Tiga mata diraih tuan rumah memastikan mereka kekal dalam saingan Liga Super musim depan manakala pelawat sah turun ke Liga Premier 2022.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: