Antarabangsa

Juventus akhirnya umum berpisah dengan Ronaldo, “Sukar dilupakan, luar biasa”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Juventus akui Ronaldo telah mencipta kisahnya sendiri di kelab ini.

JUVENTUS akhirnya mengesahkan perpindahan Cristiano Ronaldo dengan mengadakan pertemuan perpisahan dengan pemain tersebut.

Kelab Serie A ini mengesahkan Ronaldo kembali ke Manchester United dengan nilai perjanjian perpindahan keseluruhan 19.8 juta paun.

Pemain berusia 36 tahun itu membuat kejutan kembali ke Old Trafford selepas dikait rapat dengan Manchester City.

Ronaldo sukar dilupakan dan dianggap luar biasa bersama Juventus.

Juventus menganggap bintang ini sebagai seorang yang sukar dilupakan dan luar biasa.

“Pada 10 Julai 2018, ikon bola sepak Eropah dan dunia tiba – Cristiano Ronaldo bergelar pemain Juventus.

“Hari ini selepas tiga tahun bersama dengan 133 penampilan, 101 gol dan lima trofi… kini tiba ‘chapter’ akhir kami. Perjalanan CR7 dan Juventus berubah destinasi berbeza.

“Ketika Ronaldo tiba di Turin, perasaan hebat menyelubungi seluruh udara di sini.

Ronaldo kini bersama pasukan negaranya menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia minggu depan.

“Semua penyokong Juventus mengalu-alukan CR7 seperti raja, teruja bertemu dengannya di padang dan menggembirakan dia. Ia adalah kisah yang hebat,” jelas sebahagian daripada 369 patah perkataan dalam satu kenyataan kelab.

Sebaik sahaja pertemuan berakhir di Turin, Ronaldo terus terbng ke Portugal bagi menjalani latihan antarabangsa bersama negaranya untuk saingan Kelayakan Piala Dunia minggu depan.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: