Antarabangsa

Ujian bukti Ronaldo miliki ‘tubuh’ atlet berusia 14 tahun… ini rahsianya!

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ronaldo memang dikenali seorang yang obses dengan kesihatan tubuh badan.

DIET yang sempurna adalah faktor utama bintang Portugal Cristiano Ronaldo memiliki dalaman tubuh seperti remaja.

Berusia 36 tahun, namun pemain baharu Manchester United ini mampu beraksi seperti pemain berusia 26 tahun.

“Makan berulang penting untuk memastikan tenaga di tahap tertinggi,” ujarnya.

Ronaldo memerlukan enam jenis makanan tinggi protien, bijiran tinggi, makanan rendah lemak sehari seperti yang dicadangkan oleh pakar diet peribadi pemain ini sejak bersama di Real Madrid lagi.

Antara kegemaran Ronaldo untuk sarapan pagi adalah keju, ham, yogurt rendah lemak dan sedikit ikan, buah-buahan dan sayur yang segar.

Dia juga tidak mengambil minuman beralkohol, bergula atau makanan ringan. Hanya air kosong.

Ronaldo lebih memilih untuk tidur siang (nap) selama 90 minit (lima kali sehari) dan sentiasa dengan cadar yang bersih untuk membuatkan dia lebih segar.

Dan jika dia tidak tidur siang, Ronaldo akan melakukan latihan ringan sendiri.

Dirumahnya, Ronaldo memiliki ruang krioterapi bernilai 50,000 paun, tiga minit berada di situ dengan suhu -160 celcius untuk mengepam darah.

Ronaldo juga selalu melakukan Pilates, berenang dan lima kali seminggu ke gimnasium untuk tempoh tiga hingga empat jam sehari.

Menu harian Ronaldo:

Sarapan pagi: Keju dan ham, yogurt rendah lemak

Brunch : Ayam dan  salad

Tengah hari: Tuna, olives, telur dan tomato

Makanan ringan: Buah-buahan segar, avocado bakar

Supper: Ikan dan salad

Makan malam: Stik dan sotong (calamari)


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: