Antarabangsa

‘Messi-mania’ curi tumpuan penonton lawan aksi pertama bersama PSG

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Messi mula bermain pada minit ke-66.

LIONEL Messi sememangnya menjadi fenomena buat seluruh bola sepak dunia.

Kehebatan Messi di atas padang bukan sahaja menjadi tumpuan peminat-peminatnya malah buat pemain lawan.

Penampilan pertamanya beraksi dengan Paris Saint-Germain (PSG) bertemu Reims di Stade Auguste Delaune menyaksikan penyokong-penyokong tuan rumah mengalu-alukan kehadiran Messi.

Bekas penyerang Barcelona itu mencatat masa aksi pertama dengan PSG pada minit ke-66 menggantikan Neymar.

Messi mendukung anak penjaga gol Reims selepas perlawanan.

Biarpun tidak menjaringkan gol, sorakan penyokong terhadap Messi memang memenuhi stadium yang dianggap ‘Messi-mania’.

Mencuri tumpuan selepas perlawanan berakhir, penjaga gol tuan rumah Predrag Rajkovic bertemu Messi meminta bintang Argentina itu bergambar dengan anaknya.

Messi,34, mendukung anak lelaki Rajkovic dengan penuh kemesraan dan senyum sepanjang masa ketika gambarnya dirakam.

Dalam pada itu, perlawanan menyaksikan berpihak kepada PSG dengan keputusan 2-0 menerusi jaringan Kylian Mbappe (16’, 63’).


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: