Antarabangsa

Rusia juara bola sepak pantai dunia


Pemain-pemain Rusia merai kemenangan di pentas akhir.

Oleh: JJFIRDAUS

KESATUAN Bola Sepak Rusia berjaya muncul juara dunia bola sepak pantai buat kali ketiga selepas menumpaskan Jepun 5-2 dalam perlawanan akhir Piala Dunia Bola Sepak Pantai Fifa 2021.

Perlawanan akhir yang diadakan di Arena Bola Sepak Pantai Luzhniki di Moscow itu berlangsung sengit dengan kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan sebelum akhirnya Rusia berjaya muncul sebagai juara.

Perlawanan yang diadili oleh pengadil Malaysia, Suhaimi Mat Hassan itu disaksikan oleh 2,500 penyokong yang gembira dengan kemenangan pasukan tuan rumah muncul juara di laman sendiri.

Suhaimi (kiri) pengadil utama aksi final.

Rusia muncul juara Kumpulan A untuk bertemu Sepanyol di peringkat suku akhir sebelum mengenepikan cabaran Switzerland di peringkat separuh akhir untuk layak ke final.

Jepun pula adalah naib juara Kumpulan A dibelakang Russia layak ke suku akhir untuk berhadapan Tahiti sebelum bertemu Senegal di peringkat separuh akhir. Pada aksi peringkat kumpulan, Rusia berjaya menewaskan Jepun 7-1.

Tempat ketiga pula dimenangi oleh Switzerland yang menewaskan Senegal 9-7 dalam saingan sengit merebut tempat ketiga yang berlangsung sebelum perlawanan akhir dimulakan.

Kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Fifa 2021 ini disertai 16 pasukan dengan Portugal turun sebagai juara bertahan. Sebanyak 302 gol berjaya dihasilkan dari 32 perlawanan dan menarik minat lebih 53,000 penyokong ke stadium.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading