Antarabangsa

Bristol City sekat kemaraan Cardiff City


Pemain Cardiff City, Leandro Bacuna (kiri) cuba merebut bola pemain lawan Tommy Rowe.

CARDIFF City tewas buat kali pertama dalam Liga Kejuaraan musim ini apabila tewas kepada Bristol City 2-1 hasil dua jaringan Andreas Weimann di Stadium Cardiff City pada aksi Sabtu malam.

Weimann memberikan Bristol City kelebihan pada separuh masa pertama apabila dia bijak mengambil kesempatan atas kealpaan benteng pertahanan Cardiff.

Penjaga gol Bristol City, Daniel Bentley tertampan bola ke gawang sendiri untuk memberikan Cardiff gol penyamaan selepas usahanya untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya gagal.

 

Bagaimanapun pasukan pelawat berjaya kembali di depan juga menerusi Weimann yang berjaya menjaringkan voli yang cantik sekaligus memberikan kemenangan kepada Bristol City.

Pengurus Cardiff Mick McCarthy berkata kepada wartawan selepas perlawanan: “Ianya sukar apabila anda tewas terutama di laman sendiri. Tetapi kami akan bangkit semula selepas ini.”

Dengan keputusan ini Cardiff City jatuh ke tangga kesembilan kekal dengan lapan mata dan ketinggalan lima mata di belakang pendahulu liga Fulham dan bakal berhadapan Nottingham Forest pada 12 September nanti.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d