Antarabangsa Bola Sepak

Juventus sebahagian dari sejarah saya – Ronaldo

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ronalda sentiasa memberikan aksi terbaik apabila beraksi bersama pasukan mahupun kelab yang diwakilinya.

CRISTIANO Ronalda menganggap Juventus adalah sebahagian dari kisah hidupnya malah menghargai kenangan manis ketika bersama pasukan berkenaan selama tiga musim.

Jelasnya, Juventus adalah kelab yang luar biasa, sebuah kelab terbesar di Itali dan salah satu yang terbesar di Eropah.

“Saya telah memberikan hati dan jiwa saya kepada Juventus, dan saya selalu mencintai kota Turin sehingga hari-hari terakhir saya di sana.

” Bianconeri selalu menghormati saya, dan saya membayarnya dengan memperjuangkan mereka di setiap pertandingan, setiap musim dan di setiap pertandingan. Pada akhirnya, jika melihat ke belakang, kami telah mencapai sesuatu yang luar biasa.

“Tidak semua yang kami mahukan tercapai, tetapi kami tetap menulis kisah indah bersama. Saya akan sentiasa menjadi sebahagian daripada anda.

“Sekarang anda adalah bahagian dari sejarah saya, seperti saya kepada anda. Itali, Juve, Turin dan Bianconeri, anda semua  akan sentiasa ada di hati saya, “kata Ronaldo.

Ronaldo sah meninggalkan Juventus untuk menyertai Manchester United selepas 12 tahun dia meninggalkan Old Trafford untuk ke Real Madrid.

Selama tiga musim bermain di Juventus, Ronaldo telah menjaringkan 101 gol dalam 134 permainan serta menyumbang dua gelaran Serie A, satu Coppa Italia dan dua Piala Super Itali.

Kini cabarannya adalah bersama Manchester United, kelab yang disertainya pada 2003-2009.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: