Bola Sepak

Usah fikirkan perebutan tempat kedua – Aidil

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aidil mahu pemainnya terus memberikan fokus pada baki perlawanan.

KETUA jurulatih Kedah Darul Aman FC, Aidil Sharin Sahak tetap dengan pendirian untuk memastikan barisan pemain tidak terlalu memikirkan perebutan kedudukan tempat kedua liga sebaliknya fokus perlawanan demi perlawanan.

Ini bagi mengelakkan mereka daripada rasa tertekan kerana masih ada lima lagi perlawanan yang perlu diberi perhatian dan apa sahaja boleh berlaku sekiranya pemain tidak fokus untuk terus mengumpul mata.

Bakal berdepan Perak FC di Stadium Darul Aman malam ini, Aidil percaya motivasi skuad Perak ketika ini tidak pernah luntur untuk mereka mencari kemenangan selepas tewas dalam empat perlawanan terdahulu.

“Kalau nak bercakap pasal kedudukan, setiap kali berkumpul dengan pemain-pemain, saya akan selalu sampaikan bahawa mentaliti kita tetap sama untuk fokus satu demi satu perlawanan, dan jangan fikirkan benda lain yang boleh bagi tekanan.

“Daripada kita nak kena fikir dua, tiga benda untuk merebut kedudukan kedua, baik kita fokus satu benda terlebih dahulu iaitu menang satu demi satu perlawanan, seterusnya baru boleh nampak keputusan di depan mata.

“Untuk aksi pada malam esok, saya boleh katakan Perak ketika ini begitu dahagakan kemenangan, jadi itu yang akan membahayakan kita, dan kita tidak boleh ambil mudah”, jelasnya.

Selain aksi Kedah dan Perak, dua lagi perlawanan turut berlangsung pada malam ini membabitkan Selangor FC menentang Melaka United FC dan UiTM FC menerima kunjungan Sabah FC.

Baki dua perlawanan pula akan berlangsung pada Ahad menyaksikan Kuala Lumpur FC yang akan melawan Terengganu FC manakala PJ City FC berkunjung ke Stadium Bandaraya menentang Penang FC.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: