
Oleh: JJFIRDAUS
JOHOR Darul Ta’zim (JDT) mendedikasikan kejuaraan merangkul Liga Super kelapan berturut-turut mereka kepada para barisan hadapan yang telah bekerja sepenuh hati ketika pandemik Covid-19.
Menerusi hantaran di laman sosial rasmi kelab, JDT juga bakal mendermakan wang kemenangan mereka kepada tabung keluarga-keluarga barisan hadapan seperti yang dititahkan oleh pemilik kelab Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
JDT dedicate our EIGHTH Malaysia Super League title to all frontliners who have worked their heart out during this Covid-19 pandemic. ❤️💙
HRH Crown Prince of Johor also decreed for JDT to donate the league prize money to a fund for the frontliners’ families. pic.twitter.com/ycAWVcek2r
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 28, 2021
JDT berjaya menjulang kejuaraan kelapan berturut-turut Liga Super sejak 2014 semalam selepas menewaskan Sri Pahang 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Dalam pada itu, sikap prihatin JDT dengan situasi semasa bukanlah perkara baharu apabila tahun lalu menyaksikan pegawai, pemain dan jurulatih bersetuju untuk memotong gaji mereka dalam usaha meringankan beban masyarakat berikutan pandemik Covid-19.
Add Comment