
PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola mengulangi pendiriannya yang berpuas hati dengan barisan pemain dimilikinya.
Tegasnya, dia tidak akan bercakap mengenai sesuatu yang jelas mahu pun khabar angin.
“Saya tidak dapat mengatakan banyak, Ronaldo adalah pemain Juventus.
“Saya gembira dengan skuad yang saya miliki dan saya akan terus mengatakannya,” katanya pada sidang media perlawanan Manchester City menentang Arsenal.
Terdahulu, Cristiano Ronalda dikhabarkan bakal menyertai Man City namun akhirnya memilih seteru mereka iaitu Man United yang dianggap sebagai perpindahan yang mengejutkan semua pihak.
Add Comment