Paralimpik Tokyo 2020

Bonnie dan Yee Khie selamat tiba di KLIA

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Yee Khie (kanan) dan Bonnie disambut Ahmad Faizal dan kepimpinan KBS di KLIA, sebentar tadi.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

ATLET paralimpik negara, Bonnie Bunyau Gustin dan Jong Yee Khie yang memperoleh pingat perak di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 baru-baru ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Mereka yang tiba pada pukul 5.20 petang dengan penerbangan MH9117 dari Narita, Jepun turut diiringi jurulatihnya, Jamil Adam dan pembantu jurulatih, Azwan Ali Baderam

Ketibaan dua wira negara ini disambut Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Timbalannya,Datuk Seri Ti Lian Ker, Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Ketua Pengarah,  Jabatan Belia Sukan Negara (JBSN), Datuk Dr. Wasitah Mohd Yusof.

Jelas, Ahmad Faizal kepulangan Bonnie Bunyau Gustin dan Jong Yee Khie amat dinanti-nantikan oleh seluruh keluarga Malaysia kerana kejayaan mereka membawa pulang pingat emas pertama serta pingat perak untuk negara bagi acara powerlifting di temasya sukan terkemuka dunia ini.

Pada masa sama , Ahmad Faizal turut menyeru seluruh keluarga Malaysia untuk terus memberikan sokongan padu kepada atlet para negara yang akan memberikan persaingan melalui kategori masing-masing.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: