Paralimpik Tokyo 2020

Ziyad cipta rekod dunia, rangkul emas kedua negara

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

MUHAMMAD Ziyad Zolkefli melakar rekod dunia di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dengan lontaran 17.94 meter sekaligus meraih pingat emas untuk Malaysia.

Ziyad,31, membuat lontaran pertama 17.31 meter yang juga rekod baharu dunia, namun atlet Ukraine Maksym Koval melakukan 17.34m.

Atlet kelahiran Gombak ini membuktikan dia lebih baik dengan lontaran ketiga yang menyaksikan dia melakar rekod lontaran baharu 17.94m sekaligus meninggalkan jauh pencabar-pencabar lain.

Kejayaan ini juga menyaksikan Ziyad mengekalkan rekod emas yang dilakukan di Rio 2016 dengan catatan 16.84m.

Lebih manis, Ziyad telah menunaikan janjinya sebelum berlepas ke Tokyo untuk melakukan rekod luar biasa yang sukar dikejar pesaing-pesaing lain.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: