Paralimpik Tokyo 2020

“Program akar umbi acara powerlifting perlu diperhebatkan”


Bonnie pecah rekod Paralimpik Tokyo 2020 dengan merangkul emas.

JURULATIH powerlifting para negara, Jamil Adam mencadangkan langkah memperhebatkan lagi program akar umbi sukan powerlifting negara perlu dijalankan bagi memastikan kejayaan dua atlet di Sukan Paralimpik Tokyo mampu diteruskan pada masa akan datang.

Ia merangkumi meningkatkan proses pencarian bakat, agar negara tidak ketandusan atlet untuk bertanding dalam mana-mana pertandingan di masa depan.

Jelasnya, kem powerlifting negara ketika ini memiliki 50 orang atlet wanita dan lelaki berbanding Thailand dan Indonesia, yang dilihat mempunyai 300 atlet termasuk barisan pelapis dalam skuad mereka.

“Saya harap kejayaan Bonnie dan Yee Khie mampu membakar semangat pihak di peringkat negeri khususnya, untuk merancakkan program pembangunan akar umbi terutamanya pencarian bakat bagi sukan powerlifting.

Yie Khie meraih berjaya meraih perak selepas meletak sasaran untuk gangsa dalam acara 107kg.

“Jika program ini berjalan lancar, saya percaya atlet kita mampu untuk pergi lebih jauh lagi pada masa hadapan,” katanya dalam sidang media secara dalam talian.

Mengulas mengenai prestasi keseluruhan pasukannya di Jepun, Jamil ternyata berpuas hati apabila kedua-dua anak buahnya berjaya membawa pulang pingat, hasil daripada perancangan rapi dilakukan pihaknya sejak beberapa tahun lepas.

Kem powerlifting negara menampilkan prestasi membanggakan, apabila Bonnie Bunyau Gustin yang bertanding dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) mencatat sejarah muncul atlet pertama meraih emas negara pada temasya berprestij itu Sabtu lepas, diikuti Jong Yee Khie yang merangkul perak kategori lelaki 107kg pada Isnin.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d