Paralimpik Tokyo 2020

Pertukaran kategori bawa hasil positif – Yee Khie

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Yee Khie menyumbangkan pingat Perak pertama buat kontinjen Malaysia pada temasya Paralimpik Tokyo 2020.

 

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KEPUTUSAN pertukaran kelas dari 97 kilogram (kg) kepada 102kg membuahkan hasil positif buat atlet powerlifting Jong Yee Khie apabila meraih pingat perak buat kontinjen Malaysia di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, pagi tadi.

Tindakan ini diambil jurulatihnya, jamil Adam selepas Yee Khie yang sebelum ini bersaing dalam kategori 97kg mengakui sukar untuk beraksi konsisten.

Katanya, tahun ini baru mula kategori ini, saya dapat rasa peluang lebih tinggi di sini selain ada tenaga lebih untuk melakukan angkatan.

“Untuk Paris 2024, saya akan cuba lakukan lebih baik untuk meraih pingat emas. Memang saya fokus emas di sini tetapi dapat perak pun saya gembira kerana ini pingat pertama saya di Sukan Paralimpik selepoas dua kali mencuba,” katanya pada sidang media secara maya, hari ini.

Pada acara pagi tadi, atlet negara berusia 33 tahun berjaya melakukan angkatan seberat 237kg walaupun pada awalnya gagal melakukan angkatan 230 kg.

Yee Khie kemudian cuba mengangkat 245kg bagi mengatasi catatan peribadinya terbaiknya musim ini iaitu 239kg namun tidak berupaya melakukannya.

Ini adalah pingat kedua di raih Malaysia dalam acara powerlifting selepas Bonnie Bunyau Gustin  meraih pingat emas pertama negara dalam acara 72 kilogram (kg) selepas melakukan angkatan seberat 228kg yang merupakan rekod baharu temasya itu, Sabtu lalu.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: