Paralimpik Tokyo 2020

Yee Khie hadiahkan pingat perak pertama untuk Malaysia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Yee Khie mengangkat bebanan sebanyak 237kg sekali gus memperbaiki pencapaian di Rio 2016 .

Oleh : SUBKHI SUDARJI

ATLET  powerlifting negara, Jong Yee Khie menghadiahkan pingat perak pertama untuk kontinjen Malaysia pada temasya Paralimpik Tokyo 2020.

Ia adalah pingat kedua daripada kem powerlifting negara di temasya kali ini selepas Bonnie meraih emas sebelum ini.
Yee Khie yang juga atlet nombor dua dunia meraih pingat perak hasil kejayaan mengangkat bebanan sebanyak 237kg sekali gus memperbaiki pencapaian di Rio 2016 yang menyaksikannya menamatkan saingan di kedudukan ketujuh.
Jong Yee Khie tidak berjaya memperbaharui rekod peribadi iaitu 239kg yang dilakukan pada kejohanan dunia Dubai pada bulan Jun yang lalu.
Pingat emas dimenangi Sodnompiljee Enkhbayar dari Mongolia dengan angkatan 245 kg yang juga rekod baharu temasya manakala Saman Razi (Iran) meraih gangsa, 231 kg.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: