Paralimpik Tokyo 2020

Emas pertama suntik keyakinan atlet – Megat D Shahriman

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

 

Bonnie menjadi atlet negara yang pertama meraih pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KEJAYAAN meraih pingat emas pertama melalui acara powerlifting memberikan keyakinan dan semangat yang tinggi buat semua atlet lain yang kini turut berjuang mencapai kejayaan.

Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin ketika dihubungi CAKAPSUKAN berkongsi kegembiraan apabila lagu Negaraku berkumandang di Tokyo.

“Satu sejarah telah tercatat, lagu Negaraku telah dimainkan, kami semua berlinangan air mata, tahniah buat Bonnie Bunyan Gustin, KBS, MSN, ISN dan persatuan yang turut membantu kejayaan ini.

“Pastinya kejayaan ini akan menyuntik keyakinan serta semangat buat atlet lain untuk meraih kejayaan,” jelasnya.

Terdahulu,  jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menjadi atlet negara yang pertama meraih pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg), sebentar tadi.

Bonnie telah memecahkan rekod Paralimpik dengan 228kg sekaligus meninggalkan pencabar terdekat Mahmoud Attia dari Mesir di tempat kedua (191kg) dan Micky Yule dari Great Britain di tempat ketiga (182 kg).

Atlet berusia 22 tahun dari Sarawak berada dalam prestasi terbaik selepas memecah rekod dunia 230 kg pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lalu.

Untuk rekod kontinjen Malaysia meletakkan sasaran tiga emas dengan taruhan lima atlet iaitu dua atlet olahraga, Mohd Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly selain pemain badmiton para, Cheah Leik Hou; atlet memanah, S Suresh dan atlet powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: