Paralimpik Tokyo 2020

Bonnie raih emas pertama negara di Tokyo 2020

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

HARI yang baik buat negara apabila jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menjadi atlet negara yang pertama meraih pingat emas dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dalam kategori lelaki 72 kilogram (kg) pada Sabtu.

Bonnie telah memecahkan rekod Paralimpik dengan 228kg sekaligus meninggalkan pencabar terdekat Mahmoud Attia dari Mesir di tempat kedua (191kg) dan Micky Yule dari Great Britain di tempat ketiga (182 kg).

Atlet berusia 22 tahun dari Sarawak berada dalam prestasi terbaik selepas memecah rekod dunia 230 kg pada Piala Dunia Powerlifting Fazza Dubai ke-11 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun lalu.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: