EPL

Liverpool enggan lepaskan Salah pulang ke Mesir

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Salah dipanggil pulang ke Mesir menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia bertemu Angola.

LIVERPOOL enggan melepaskan Mohamed Salah untuk tugasan antarabangsa berikutan peraturan kuarantin yang perlu dijalani penyerang itu apabila kembali ke United Kingdom.

Liverpool bersama anggota-anggota Persatuan Kelab Eropah yang lain cuba mendapatkan pengecualian daripada peraturan kuarantin mandatori bagi pemain-pemain yang pulang dari negara-negara zon merah, namun tanpa persetujuan Liga Perdana dan kerajaan, Salah perlu menjalani kuarantin selama 10 hari selepas pulang dari Mesir.

Disebabkan peraturan tersebut, Liverpool telah memaklumkan kepada Persatuan Bola Sepak Mesir bahawa pemain berusia 29 tahun itu tidak dibenarkan bermain untuk aksi Kelayakan Piala Dunia bertemu Angola di Cairo.

Klopp enggan melepaskan pemain-pemain pulang ke negara dalam zon merah.

Bagaimana pun Liverpool tidak menghalang Salah untuk bermain dengan negaranya  pada aksi kedua kelayakan di Gabon pada 5 September ini memandangkan negara itu berada dalam senarai ambar yang tiada peraturan kuarantin dilaksanakan.

Selain Salah, tiga lagi pemain The Reds yang mengalami situasi sama adalah gandingan Brazil Alisson, Roberto Firmino dan Fabinho.

Sekiranya Jurgen Klopp melepaskan pemain-pemainya ini, mereka bakal terlepas perlawanan bertemu Leeds, aksi pertama Liga Juara-Juara peringkat kumpulan serta kunjungan Crystal Palace ke Anfield pada 18 September.

Kelab bersedia melepaskan pemain-pemainnya pulang ke negara masing-masing jika mendapat pengecualian.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: