EPL

Jual Martial untuk dapatkan Kane – Neville

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Selain Martial beberapa pemain lain juga perlu dilepaskan United.

BEKAS kapten Manchester United, Gary Neville menyarankan agar Anthony Martial dijual dalam usaha mendapatkan dana membiayai kemasukkan Harry Kane ke Old Trafford.

Ketika ini jiran setempat, Man City turut berminat mendapatkan pemain antarabangsa England itu yang dikhabarkan dengan harga 150 juta pound itu.

Tegas Neville, kehadiran Jadon Sancho dan Raphael Varane sahaja masih belum emncukupi buat pasukan seandainya ingin meraih kejuaraan musim ini.

“United disarankan untuk melepaskan sejumlah pemain, termasuk Anthony Martial, Daniel James, dan Jesse Lingard, atau jika perlu termasuk Juan Mata.

“Mengapa Martial, James, Lingard … kita bercerita tentang potensi untuk pengeluaran gaji pemain, potensi untuk menghasilkan wang dari perpindahan pemain.

“Jadi mengapa mereka tidak mengejar Kane minggu ini? Jika Kane pergi ke Manchester United, anda dapat memperoleh 90-95 mata. Tanpa dia, mustahil,” jelas Gary Neville dipetik Sky Sports.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: