
BEKAS pengendali Chelsea dan Inter Milan, Antonio Conte kini dikaitkan bakal mengemudi Arsenal menggantikan Mikel Arteta susulan prestasi hampar skuad bimbingannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris 2021/22.
Arsenal memulakan kempen dengan dua kekalahan berturut-turut iaitu kepada pasukan baharu Brentford dan Chelsea dengan keputusan yang sama, 2-0.
Menurut laporan Telegraph, Arteta mempunyai masa rehat sehingga Oktober nanti untuk memperbaiki keputusan Arsenal dan memastikan kedudukannya selaku pengurus kekal di Emirates.
Khabar angin mengatakan Arsenal mula mempertimbangkan nama Antonio Conte jika Arteta gagal meningkatkan prestasi pasukan.
Conte kini menganggur setelah berpisah dengan Inter Milan pada Mei lalu dan pernah mengadakan perbincangan untuk membimbing Tottenham sebelum melantik Nuno Espirito Santo.
Arsenal akan menghadapi Manchester City di Liga Perdana, Sabtu hujung minggu ini. Selepas rehat antarabangsa September nanti , Arsenal akan menentang Norwich City, Burnley, Tottenham Hotspur dan Brighton berturut-turut.
Add Comment