EPL

Tanpa Kane, sukar untuk Man City kekalkan kejuaraan


City gagal mendapatkan Kane selepas pemain antarabangsa England itu mengumumkan pendirian kekal bersama Spurs.

MANCHESTER City berdepan tugas sukar mempertahankan gelaran kejuaraan musim ini selepas gagal mendapatkan tandatangan penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane.

Bekas pemain tengah Liverpool dan Tottenham Hotspur, Jamie Redknapp berkata, ini adalah kesan besar buat skuad bimbingan Pep Guardiol.

“Mereka (City) seharusnya mempunyai cadangan lain. Ini berita baik untuk Liverpool, Manchester United dan Chelsea, kerana saya rasa hampir semua orang dalam bola sepak berfikir jika Kane pergi ke City, mereka mungkin juga angkat piala.

“Kembalinya penonton ke stadium musim ini akan lebih sukar daripada memenangi perlawanan. Akan ada lebih banyak tekanan untuk anda menyerang dan akan ada desakan itu,” katanya dipetik Sky Sukan.

Kane mengakhiri spekulasi perpindahannya dengan mengumumkan dia akan kekal di Tottenham pada musim panas ini selepas menerima hakikat yang dia tidak mampu memaksa perpindahan ke Manchester City.

Kane adalah penjaring kedua terbanyak Tottenham pada 222 gol, 45 di belakang Jimmy Greaves.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d